AKTIVITI BULAN RAMADHAN
Alhamdulillah dapat juga kami menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini iaitu tahun 2012. Seperti tahun-tahun yang lalu sekolah kami menjalankan aktiviti sempena bulan Ramadhan. Antara aktiviti yang dijalankan pada tahun ini ialah:
- Bacaan ayat lazim
- Bacaan yasin
Bacaan ayat Lazim dan yasin ini dijalankan pada setiap hari persekolahan sepanjang bulan Ramadhan. Bacaan lazim ini dilakukan pada setiap hari Isnin hingga Khamis iaitu pada jam 7.30-7.45 pagi. Selain itu, pada jam 10.15-10.45 pagi, program bacaan ayat lazim ini dijalankan bagi murid-murid tahap 1. Manakala bagi murid tahap 2, dijalankan bacaan yasin pada jam 10.45-11.15. Bacaan ini dibimbing oleh guru-guru yang ditugaskan oleh pihak sekolah.
Gambar aktiviti bacaan yasin dan ayat lazim:
pembahagian murid perempuan dan lelaki..
murid-murid perempuan dibimbing bacaannya oleh guru perempuan..
teguran oleh Ustaz Fazrah terhadap murid lelaki yang tidak mengikuti bacaan yasin dengan baik.
No comments:
Post a Comment